Menyajikan Kupasan Media Viral & Isu Semasa.

Ahad, 22 Januari 2017

Sayu : Makanan berterabur bersama jasad ..Pelajar maut motosikal rempuh bas potong tak lepas (6Gambar)


Sungai Petani : Jika sudah ajal, sayu melihat arwah yang tertirap maut ditempat kejadian dengan makanan yang dibeli berterabur berhampiran jasad arwah.

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kampung Sungkup, Jalan Bukit Selambau, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,Mohd Shakir Aiman 20, menunggang Yamaha LC dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian yang berselekoh, mangsa bertembung dengan sebuah bas.


Innalillah.. arwah kemalangan pada jam 4.40 ptg 21/1/2017 ketika cuba memotong (tp x lepas) dan bertembung dengan sebuah bas di sebuah selekoh di jalan bukit selambau - jeniang.. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Mohd Shakir Aiman pelajar auto sem 4 ILP Jitra ... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.. -Ayue Alliesya Awal

Menurutnya, pemandu bas berusia 52 tahun itu cuba mengelak namun gagal sebelum motosikal mangsa merempuh bahagian depan kenderaan itu dan tercampak.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau jam 11 pagi tadi.

sumber :
Share:

Sabtu, 21 Januari 2017

Kisah Seram Pensyarah Di Lebuhraya Salak Tinggi.


Di sini saya ingin berkongsi dengan semua kisah pensyarah di lebuhraya Salak tinggi. Ramai juga yang bercerita tentang macam2 di lebuhraya ini. mari kita baca bersama perkongsian pensyarah ini.

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 10:30 malam, Safar segera menulis nota-nota terakhirnya di papan hitam seraya berkata, “Ok kelas cukup sampai topik ini sahaja hari ini. Kita sambung chapter seterusnya hari Khamis nanti”.

Ucapan itu seolah-olah satu mentera yang menaikkan semangat pelajarnya yang sedang dari tadi sibuk menyalin di dalam buku nota masing-masing. “Thank You Sir” ucap 34 pelajar di dalam kelas tersebut serentak. Bilik kuliah yang dari tadi sunyi sepi mula riuh. Safar dengan cepat mencapai semua barang-barang diatas mejanya dan disumbatkan kedalam beg galas yang sudah lusuh.

Dalam keadaan kelas yang riuh rendah, Safar menuju ke arah pintu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “On Thursday,jangan lupa bawa sekali Company Law Act, kita nak study sikit case law” Kata-kata Safar seolah-olah tenggelam di dalam keriuhan kelas, hanya beberapa pelajar yang mengangguk tanda faham apa yang diperkatakannya. Safar meneruskan perjalanan keluar dari bilik kuliah. Terus ke tempat letak kenderaan staf yang jaraknya lebih kurang 50 meter dari bilik tersebut. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang tinggal.

Angin malam yang nyaman menyegarkan Safar yang sudah sedikit mengantuk. Diseluknya poket jeans lusuhnya dan mengeluarkan sejambak kunci. Jari-jemarinya pantas mencari anak kunci motorsikalnya. Setelah kunci yang betul dijumpai, Safar segera menghidupkan motorsikal berkuasa 100cc yang sedari tadi kaku dihadapannya. Sungguhpun berenjin kecil, deruman enjin motorsikal Safar mampu memecahkan keheningan suasana.

Safar memulas pendikit dan motorsikalnya meluncur menuju ke pintu keluar kolej. Dari jauh, sayup kedengaran para pelajar kelasnya bergerak menuju ke hostel pelajar. Setelah sampai ke jalan besar, Safar memulas lagi pendikit motorsikalnya, kali ini motorsikal kecil itu meluncur laju. Jika dilihat dari arah belakang, seolah-olah motorsikal kecil itu membelah kepekatan malam yang sejuk itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah separuh masa di kolej swasta, bayaran tidak seberapa tetapi peluang ini sahaja yang ada untuk seorang graduan baru sepertinya.

Namun Safar bersyukur dan gembira dengan pekerjaannya di kolej kecil itu. Safar hanya perlu mengajar tiga kali dalam seminggu untuk kelas waktu malam. Tidak pernah sekalipun dia merungut tentang beban kerja, cumanya yang membuat Safar sedikit keberatan adalah masa perjalanan pulang dari kelas. Kelas yang bermula pada pukul 7:30 malam dan berakhir pada pukul 10:30 malam sememangnya menyusahkan. Apatah lagi dengan menaiki motorsikal kecil dari Salak Tinggi ke rumahnya di Shah Alam.

Keadaan lebuh raya pada malam itu agak berbeza dari malam-malam sebelumnya. Ini kerana kenderaan yang lalu adalah amat sedikit berbanding malam-malam lain. Perjalanan jauh itu cukup untuk membuat perasaan seorang penunggang motorsikal untuk dibuai dengan angan-angan. Keadaan lebuh raya yang lurus itu membolehkan dia hanyut di dalam pemikirannya sendiri. Tiba-tiba motorsikal yang dinaiki olehnya seolah-olah semput dan tersekat-sekat. Safar yang dari tadi sedikit mengelamun tersentak dengan keadaan itu. Mata Safar melilau mencari tempat untuk berhenti, dia bersyukur apabila terlihat tidak kurang 30 meter, terdapat sebuah tempat berteduh untuk motorsikal. Safar segera menuju ke tempat tersebut.

Setelah sampai, Safar segera turun dan menongkat motorsikalnya. Dibelek-belek kenderaanya itu dengan penuh tanda tanya. Kawasan teduhan di tepi lebuh raya itu hanya disinari dengan satu lampu jalan yang amat malap. Namun Safar dengan jelas dapat melihat motornya dan juga keadaan sekeliling. Pelik juga, biasanya masa seperti ini sudah tentu banyak kenderaan yang lalu lalang. Tetapi tidak pada malam ini. Hanya kendengaran bunyi motorsikalnya yang menderam.

Sekejap perlahan, sekejap kuat. Safar bingung dengan keadaan tersebut. Dengan tidak semena-mena Safar terdengan satu bunyi dentingan loceng yang amat kuat. Ia diikuti dengan ngiauan seekor kucing yang kesakitan. Bingkas Safar menoleh kearah bunyi tersebut, Safar dapat melihat seekor kucing yang menggelitik kesakitan betul- betul dibahu jalan. Safar segera berlari kearah kucing tersebut dan mendapati satu kesan luka yang amat besar di leher kucing itu. Safar hanya mampu melihat penderitaan kucing tersebut yang berakhir dalam beberapa minit sahaja.

Kucing yang sedari tadi menggelitik sakit telah diam dan kaku. Hanya bunyi enjin motorsikalnya yang masih lagi menjadi peneman di kawasan teduhan tersebut. Kerana kasihan melihat bangkai kucing itu dibahu jalan, Safar mengambil keputusan untuk mengangkat kucing itu dan meletakkannya kedalam sebuah lubang tanah yang telah sedia ada disitu. Disepaknya tanah-tanah halus agar menutupi lubang. “Macam mana pula kucing ni boleh mati? Tak ada kereta langgar, tak nampak pula bunyi anjing. Macam mana tiba-tiba ada luka besar di leher kucing tu?” detik hati Safar.

Perasaan seram mula menyelubungi dirinya, tiba-tiba satu teriakan yang amat kuat diikuti dengan suara tangisan yang amat menyeramkan memecah kesunyian malam. Safar segera melompat naik keatas motorsikalnya. Dipicit pendikit sehabis mungkin. Ditendangnya penghidup enjin semahu-mahunya. Motorsikal Safar sekali lagi meluncur keatas lebuh raya. Mula-mulanya tersekat, tetapi setelah beberapa ketika ia lancar semula. Safar masih lagi bernafas kencang, peluh sejuk membasahi dahinya. Apakah bunyi yang didengarinya tadi? Manusia kah? Binatang kah? Hati Safar lega apabila memasuki kawasan yang terang benderang di lebuh raya tersebut.

Setelah melepasi satu susur keluar, kereta sudah mulai banyak, dan terdapat juga beberapa motorsikal yang di hadapannya. Sekali lagi Safar dikejutkan dengan satu bunyi hon motorsikal yang kuat. Safar menoleh ke cermin pandang belakang dan melihat sebuah motorsikal berkuasa besar dibelakangnya. Motorsikal tersebut tidak memotongnya tetapi terus membunyikan hon berulang kali. Sekali lagi perasaan seram menjengah di hati Safar. Motorsikal berkuasa tinggi itu terus memecut dan memotong Safar. Semasa menoleh kearah motorsikal tersebut, barulah Safar perasan ada rambut yang menjurai dibahunya. Safar tidak berani mendongak keatas kerana khuatir apa yang bakal dilihat.

Dia hanya mampu untuk pandang ke depan dan berharap apa sahaja yang berada diatas kepalanya akan hilang sebentar lagi. Kerana terlalu takut, mulut Safar seolah-olah terkunci untuk membaca apa-apa ayat Suci Al-Quran. Pendikit motorsikalnya dipulas dengan lebih kuat. Harapannya untuk sampai terus ke Bandaraya Shah Alam dengan segera. Akhirnya Safar hampir sampai di susur keluar Shah Alam, apabila memasuki jalan motor, topi keledar yang dipakai oleh Safar diketuk dengan kuat sehingga menyebabkan Safar hampir terjatuh. Namun Safar tetapkan tekad untuk terus sampai ke rumah. Dipulasnya pendikit beberapa kali untuk melajukan motorsikalnya.

Sehinggalah sampai ke satu simpang sunyi selepas plaza tol di Shah Alam Safar memberhentikan motorsikalnya. Safar yang sudah keletihan dengan apa yang berlaku telah menjadi marah. “Apa nak jadi pun jadilah” Safar berkata kepada dirinya sendiri seraya mendongak keatas. Hatinya lega kerana sangkaannya meleset. Tiada apa yang ada diatas kepalanya, hanyalah langit gelap tidak berbintang. Sekali lagi keadaan sunyi menyeliputi malam. Tiada kenderaan di sekitarnya, hanya lampu-lampu malap yang menerangi jalan menjadi saksi kaku akan gelagatnya.

Safar melihat jam tangannya, sudahpun pukul 12:00 malam. Sekali lagi Safar memulas pendikit motorsikalnya, dan meluncur kembali ke jalan raya. Tiba-tiba, sesusuk tubuh wanita berpakaian putih muncul dihadapan motorsikal Safar. Safar cuba mengelak tetapi motorsikalnnya gagal dikawal. Safar jatuh berguling dan akhirnya terlentang dibahu jalan. Dia cuba untuk bangun tetapi gagal. Seluruh tubuh badannya seolah-oleh kebas dan tidak bermaya.

Darah pekat mengalir dari dalam topi keledar terus membasahi bajunya. Dalam samar-samar Safar dapat melihat tubuh seorang wanita tua yang berjalan terjengket-jengket menghampirinya. Walaupun samar-samar, jelas kelihatan rambut wanita tua itu yang panjang mengurai sehingga keparas pinggang. Safar hanya mampu mengerang kesakitan.

Tiada satu kenderaan pun yang lalu di kawasan tersebut. Wanita tua itu pula semakin lama semakin hampir. Bau busuk seakan-akan muncul serta merta dengan kehadiran wanita tua itu disisi Safar. Safar yang sedang terbaring hanya mampu berdoa di dalam hati agar dirinya tidak diapa-apakan. Wanita tua itu dengan kasar merentap topi keledar Safar hingga tertanggal, dia kemudian mendekatkan mukanya kepada Safar.

Dengan suara yang amat garau dan menyeramkan dia berkata: “Kenapa kau ambil makanan aku? Kau timbus pula. Sekarang kau jadi galang gantinya” Tiada siapa yang dapat mendengar jeritan Safar pada malam itu. Tiada siapa yang dapat melihat kengerian yang berlaku keatas seorang anak muda yang tidak berdosa. Apa yang pasti, seorang lagi insan telah menjadi mangsa kepada malam yang penuh dengan misteri dan rahsia.

Sumber
Share:

Sanggup Dia Buat Camni..Bakal Tunang Ini Hampa Ditipu, Cancel Tunang Saat Akhir

Seorang lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan ini sanggup merentasi beberapa buah negeri sejauh 497 kilometer bersama ahli keluarganya yang lain, hanya untuk meminang gadis idamannya yang tinggal di Kelantan.

Namun sesampainya di negeri Serambi Makkah itu, dia menerima ‘kejutan’ daripada wanita tersebut.

Dalam satu posting menerusi Facebook yang ditulis oleh adik lelaki itu, keluarganya berasa sangat gembira apabila mengetahui abangnya ingin mendirikan rumah tangga.


Setelah perbincangan bersama wanita itu berlaku, pihak lelaki bersetuju untuk menghantar rombongan ke Kelantan bagi bertemu sendiri dengan keluarga bakal menantu mereka.

Segala persiapan telah dilakukan malah cincin juga sudah dibeli. Setibanya hari yang dinantikan, keluarga lelaki memulakan perjalanan mereka ke Kelantan.

Sepanjang perjalanan itu, wanita itu kerap menghantar mesej bertanyakan perkembangan perjalanan mereka.

Setibanya di Kelantan…


Kot ye pun tak nak, tolonglah bagitahu lah awal-awal, tak baik buat orang macam tu… Kifarah itu benar, kalau hari ni kita buat orang, esok lusa kita kena balik…
Share:

Kisah Toyol Yang Di Ambil Dari Makkah


Kisah yang ingin saya paparkan adalah mengenai toyol, iaitu syaitan yang menjelma sebagai budak kecil bermuka hodoh dan berkepala botak. Kerjanya curi duit. Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.

Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut.

Pak Aji yang membawa balik toyol Mekah itu memang saya kenal sebab dia tinggal tidak jauh dari kampung saya. Tambahan pula saya selalu juga pergi ke kampung tersebut untuk berkunjung ke rumah saudara mara saya di situ. Jadi latar belakang dan kisah mengenainya memang sangat saya maklum.

Lelaki terbabit umurnya dalam lingkungan 50-an dan sudah punya keluarga. Kehidupannya tidaklah sesusah mana tapi agaknya kerana ingin cepat kaya, dia pergi ke Mekah dengan membawa niat yang buruk.Subhanallah… dia ke sana sebab nak cari toyol..

Bila sampai di Mekah, benda pertama yang lelaki itu cari bukannya haji mabrur, tapi besi tajam yang digunakan untuk mencucuk daging kebab. Besi itulah yang akan dipuja menjadi toyol. Tapi Mekah adalah tempat yang sangat makbul permintaan kita. Apa sahaja hajat kita, insya-Allah akan tercapai. Kalau kita nak baik, dapatlah yang baik dan kalau kita nak yang buruk, dapatlah yang buruk. Begitu juga lelaki tadi.
Setelah puas mencari ke sana ke mari, akhirnya lelaki itu berjaya membawa balik beberapa batang besi tersebut. Bila waktu berangkat pulang ke Malaysia, dia pun balik tapi bila sampai saja di rumah, dia pun mulakan perbuatan kejinya itu. Dengan menggunakan kebolehan dalam jampi serapah dan mentera, besi itu dipuja.

Saya difahamkan, besi kebab itu kemudiannya telah dipacakkan oleh lelaki tadi di empat penjuru kebunnya yang seluas dua ekar sebagai ‘pagar’. Akibatnya, sesiapa yang masuk ke kebunnya tanpa minta kebenaran habis dirasuk oleh penunggu kebunnya itu.

Sains memang tak terima kalau kita katakan ia berlaku kerana syaitan dan jin, tapi ini benda ghaib. Ini syaitan yang tak boleh diuji oleh sains. Ingatlah walau apa objek sekalipun, tak kiralah besi, pokok, kayu, batu atau apa saja, kalau kita puja dengan penuh keyakinan, syaitan atau jin akan datang.

Misalnya keris… macam mana ia boleh terbang? Tentulah sebab dipuja… sebab syaitan datang menjadi penunggunya dan terbangkan keris itu. Syaitan ini boleh menjelma dalam macam-macam bentuk. Dipuja, diasap dengan kemenyan maka datanglah ia. Begitu jugalah dengan besi kebab tadi.

Setelah ‘dipagar’ dengan besi kebab, kebun lelaki tadi yang biasanya boleh keluarkan hasil dalam RM2,000 hingga RM3,000 sahaja mula mengeluarkan hasil yang menakjubkan. Dengar cerita pernah dia dapat hasil sampai RM8,000 hingga RM10,000. Siapa yang kerjakan kebunnya? Wallahuallam.
Saya difahamkan, besi itu juga dipuja hingga menghadirkan toyol. Sejak itu banyaklah penduduk kampung tersebut mengadu kehilangan wang. Pantang malam, ada saja duit penduduk kampung yang kena curi. Kisah ini makin hangat dan setelah siasatan demi siasatan dibuat, dan dari cara kecurian itu berlaku, tahulah mereka ia berpunca dari perbuatan toyol.

Orang-orang yang ‘pandai’ dalam ilmu-ilmu ghaib juga berusaha mencari punca kejadian tersebut. Akhirnya mereka berjaya menemui jawapannya. Memang sah ia dilakukan oleh toyol dan pemilik toyol tersebut adalah rakan mereka sendiri. Begitu juga bagi mangsa toyol yang dibukakan hijab. Mereka nampak toyol itu sedang mencuri. Malah ada penduduk kampung yang nampak selepas mencuri, toyol tadi melarikan diri ke rumah lelaki berkenaan.

Sedang orang kampung gelisah dengan gangguan toyol, kehidupan lelaki terbabit semakin mewah. Wangnya makin banyak, hasil kebunnya pun makin menggalakkan. Tapi Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Harta yang didapati dengan cara yang diharamkan hanya akan membawa musibah. Apatah lagi jika bersahabat dengan syaitan.

Agaknya setelah hidup semakin mewah, lelaki tadi lupa atau mungkin juga tidak mahu menunaikan permintaan toyol belaannya. Dari apa yang kita tahu, permintaan toyol ialah menyusu, dari susu isteri lelaki tadi, dan juga darah yang disedut dari ibu jari kaki. Kalau dah minta selalu, tiap-tiap hari, tentulah tak tahan dibuatnya. Kerana kehendaknya tidak dipenuhi, maka toyol mula mengamuk dan mengganggu penduduk kampung.

Budak-budak lalu depan rumah lelaki tadi, kena usik toyol, kena rasuk.
Mata terbeliak. Ipar saya juga pernah ternampak toyol itu. Kejadian tersebut berlaku pada satu pagi semasa dia nak menghantar anaknya pergi ke sekolah. Ketika itu si toyol sedang bertenggek di atas sebatang pokok.
Bukan dia saja, malah budak-budak yang lalu di kawasan berkenaan juga nampak toyol tersebut. Habis semua menjerit-jerit ketakutan. Ada juga kanak-kanak yang masuk tandas kena gigit kakinya dengan toyol.Budak-budak… bila sakit, takut, teruslah menangis.

Kejadian orang kampung, khususnya orang-orang alim, yang nampak toyol itu melarikan diri ke rumah lelaki tadi menguatkan lagi sangkaan mereka. Tapi orang kampung ni memang baik, ada sopan santun dan tolak ansurnya. Walaupun bukti sudah di depan mata, mereka tak pergi serang rumah lelaki tadi, tapi memulaukannya.

Apabila lelaki berkenaan mengadakan kenduri, orang kampung tak datang. Bila orang kampung buat kenduri, mereka tak jemput dia. Pendeknya ke mana saja dia pergi, orang akan menjauhinya. Malas nak bercampur dengan dia. Ketika itu lelaki berkenaan memang betul-betul tersisih. Hidup dengan dunia sendiri, dengan toyol, jin serta syaitan belaannya.

Apa yang dilakukan oleh lelaki tadi dan kekecohan yang melanda kampung berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan adik beradik dan saudara maranya. Apalagi… melentinglah mereka. Malu dengan perbuatan lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi abangnya yang memang terkenal dan punya kedudukan.

Kerana sudah tidak tertahan dengan perbuatan adiknya yang memalukan mereka, pada suatu hari si abang datang ke rumah adiknya itu. Bila sampai… teruklah lelaki berkenaan kena marah. Si abang mendesak adiknya itu supaya segera bertaubat, minta ampun kepada Allah, insaf dan pulangkan balik besi kebab yang diambilnya dari Mekah untuk ‘memagar’ kawasan kebun dan dipuja hingga datang toyol.

Mula-mula memanglah lelaki tadi tak mahu dengar nasihat abangnya tetapi setelah puas dinasihati, akhirnya dia akui kesilapannya. Apatah lagi bila sedar masa itu kehidupannya walaupun mewah, tapi tidak bermakna sebab orang kampung pulaukan dia dan keluarganya. Tambahan pula dia memang ada asas agama serba sedikit, jadi terfikir juga dia akan kesilapannya itu.

Akhirnya lelaki itu balik ke pangkal jalan. Dia bawa balik besi kebab itu ke Mekah. Bertaubat bersungguh-sungguh di depan Kaabah, menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Alhamdulillah, selepas kembali dari Mekah, lelaki tersebut berubah. Kecurian akibat toyol atau orang dirasuk syaitan juga tidak berlaku lagi. Lelaki berkenaan pun sudah diterima balik oleh penduduk kampung.
Apa yang nak saya timbulkan di sini ialah, inilah kesan pengaruh harta yang buatkan kita lupa hingga sanggup menggunakan jalan yang salah. Tambahan pula bagi kita yang asas tauhidnya lemah. Lelaki tersebut agaknya dulu terpengaruh nak kaya cepat, jadi dia buatlah kerja guna toyol. Tuhan tak merestui. Tapi kaya pun nak buat apa kalau masyarakat tidak suka dengan kita.

Bagaimanapun, saya kecewa kerana kisah seperti ini masih berlaku lagi. Sampai sekarang masih ada jemaah haji yang bertanya kepada saya kat mana nak dapatkan cucuk sate di kota Mekah. Saya tau dah, kalau orang tanya pasal cucuk sate di Mekah memang dia nak buat ‘pagar’ kawasan kebun atau rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka nak cari kekayaan. Cucuk sate itu walaupun cuma lidi, buluh, tapi kalau dipuja dengan penuh keyakinan, syaitan akan datang.

Mungkin ada yang beranggapan cerita ini karut, khurafat, tapi ingin saya tegaskan sekali lagi kejadian membawa toyol dari Mekah memang betul-betul terjadi. Dan saya rasa saya perlu ceritakan kisah ini supaya kita semua sedar bahawa itu adalah haram. Harta yang dikumpul dengan jalan haram akan dibalas juga oleh Allah dengan balasan yang buruk. Janganlah kerana harta dunia kita sanggup menjadi hamba kepada syaitan.
Share:

Kejam! Ibuku Dipaksa Makan Bubur Babi (KISAH BENAR)


Ibuku sering menceritakan pengalamannya dan teman-temannya yang pernah menjadi tahanan Pol-Pot. Salah satu kisah yang masih aku ingati ialah kisah ibuku dipaksa makan bubur babi.
Petikan ini bermula…

Semasa menjadi tahanan Pol-Pot, suami isteri dipisahkan. Begitu juga anak dan ibu. Mereka dibahagi-bahagikan kerja mengikut peringkat jantina dan umur. Ada yang menanam padi dan pelbagai pekerjaan lagi yang berat-berat. Pol-Pot mengamalkan sistem ala komunis. Semua tahanan dikehendaki memakai baju hitam. Mereka diberi pekerjaan yang teruk-teruk. Siapa yang malas atau sakit akan di bawa ke satu kawasan untuk di bunuh.

Ada yang disiksa terlebih dahulu sebelum di bunuh. Contoh penyiksaan yang sering dilakukan ialah menarik kesemua kuku tahanan dengan benda yang tajam, menebuk tapak tangan tahanan, memenggal kepala atau menimbus tahanan hidup2 ke dalam satu lubang maut. Orang islam di larang sembahyang. Masjid dijadikan kandang babi.

Semua tahanan dipaksa bekerja. Setelah penat bekerja , tahanan hanya diberikan makan bubur sahaja. Menunya berbeza-beza. Kadang-kadang bubur ikan dan kadang-kadang bubur babi. Bubur yang hanya ada beberapa butir nasik dalam semangkuk bubur. Ibuku tak mahu makan bubur babi. Dia melihat wajah teman-temannya.

Ada yang berugama Islam sedang memakan bubur itu. Keadaan amat darurat. Sekiranya mereka tidak makan, mereka tiada tenaga untuk melakukan kerja seterusnya. Akibatnya mereka akan jatuh sakit. Boleh jadi mereka akan di bunuh sekiranya tidak mampu lagi melakukan pekerjaan itu. Ibuku masih menahan diri dari memakan bubur itu. Dia mengeluarkan beras goreng lalu mengunyah beras goreng itu satu persatu. Hatinya berdoa semoga beras goreng yang dibekalkan oleh nenekku mampu memberikan kudratnya untuk meneruskan kerja membajak sawah itu.
Malamnya, nenekku menggorengkan beras untuk dijadikan bekalan ibuku esok hari. Manalah tahu, menu esok sama denagn menu hari ini. Jangkaan nenek tepat. Menu makan tengahhari adalah bubur babi lagi.

Kali ini ibuku diiuji lagi. Dia terpaksa makan beras goreng yang disimpan di dalam uncang diantara lipatan getah kainnya. Kemudian, ibu meneruskan kerja seperti biasa.
Pada hari yang ketiga, menu yang sama disajikan kepada tahanan-tahanan. Ibuku terpaksa menjamah beras goreng yang dimakannya secara sembunyi-sembunyi. Tiada sedikit perasaan kesal pun dihati kerana tidak makan bubur babi itu walaupun dibolehkan kerana darurat. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi Polpot datang menemui ibuku. Cepat-cepat ibu sembunyikan beras goreng itu. “Aku dengar, kau sudah tiga hari tak makan bubur yang kami masak.

Bagaiamana kau masih mempunyai tenaga untuk bekerja?” Tanya pegawai tersebut dalam bahasa Khmer. Kecut perut disoal begitu. “Mari ikut aku?” Ibu semakin risau. Ibu takut kalau mereka tahu ibu makan beras goreng yang dibawanya. Pasti ibu akan dihukum. Namun, dia membawa ibu ke ruangan dapur. “Gadis ini belum makan apa-apa lagi. Namun, dia masih bekerja seperti orang lain. Sediakan nasi bersama ikan masin untuk dia”. Ibu bersyukur tatkala mendengar kata-kata pegawai itu. Petang itu, ibu dijamu dengan menu yang istimewa. Sudah lama ibu tak makan nasi. Inilah ganjaran bersabar di jalan Allah…

Sumber - Mynewshub
Share:

SubhanAllah Kisah Benar , Arwah Si Ibu Melawat Jenazah Anaknya.


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. 

" kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." 

tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh 

pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' 

yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Share:

Selasa, 17 Januari 2017

Khidmat Masyarakat Di Perlukan Untuk Anak Kecil Ini. Mohon Sebarkan...




Bismillah...

Sebak melihat Aisyah ....tangannya dibedung dgn cebisan kain batik utk mengelakkan dia mencabut tiub oksigen dan wayar kecil di dalam rongga hidung yg digunakan utk minum susu.

Puting kosong di dlm mulutnya juga terpaksa ditampal dgn pita pelekat utk memastikan puting itu tidak jatuh.


Alat menyambung tiub oksigen itu melekat kuat di mukanya....nampak seolah mencengkam kulitnya. Dahinya sudah melecet kerana alat itu. Pipinya juga kemerah-merahan.

" Air utk mesin oksigen tu mahal

jd kami letakkan air mineral saja.

Susu pun mahal sgt...tak mampu nk beli.

RM 40 setin kecil. Sebulan 6 - 7 tin. Jd

ingat nk bg susu dutch lady saja lps ni ..."

Cerita si ibu sambil menunjukkan botol air mineral 6 liter kpd kami.

Pengurus Zakat Kuala Muda dan beberapa pegawai bahagian korperat Lembaga Zakat Negeri Kedah yg bersama Kak Pah...mmg rasa terharu melihat anak kecil ini yg kebanyakan masanya hanya terlentang di atas tilam.

Mengakui dia mengetahui anak ketiganya ini ada masalah sejak dlm kandungan...rasa sedih dan terkilannya sbg seorang ibu tk dapat dibendung menyebabkan dia langsung tidak membuat apa2 persediaan utk menyambut kelahirannya.

" Pernah satu masa...saya tengok

keadaan Aisyah pelik. Rupanya..abg

dia tutup suiz plug mesin oksigen dia "

Rasanya ...Aisyah harus di tempatkan di atas katil supaya keselamatannya lebih terjamin. Takut kalau2 si abg yg masih kecil dan belum mengerti apa2 terjatuh atas si adik dan sbg nya.

Sejak anak ini lahir dan sakit ...suaminya yg bekerja sbg pemandu bas rapid ...kerap bercuti dan gajinya selalu dipotong.

Mereka kini tidak mampu menyewa rumah lagi dan balik tinggal bersama ibu bapa si isteri di kampung.

Kami dapat merasakan betapa gelisahnya Aisyah dlm keadaan dibedung. Kak Pah memohon izin memangku dia.

Sebaik kain batik yg melilit tubuhnya dibuka..dia melonjak gembira dlm pelukan Kak Pah tapi .... tidak lama kemudiannnya, dia kepenatan dan dibedung semula. Meronta dan menangislah si kecil itu ingin " bebas".

Puting yg disuap ke mulut dan dilekatkan dgn pita pelekat itu...menghentikan tangisannya...

Terima kasih kepada sahabat2 Kak Pah yg telah menyumbang utk susu, pampers, barangan bayi dan baju utk anak syurga ini.

NURKHALISHA AISYAH BINTI MUHAMAD AZZIM ( 9 BLN ).

MASALAH SALURAN PERNAFASAN.

SUMBANGAN:
MAYBANK.
107424073122

BSN
021194100008657-1

MUHAMMAD AZZIM B. ISMAIL.
KG SG YU , PANTAI MERDEKA, SG PETANI.

Kredit: Natipah Abu

Image may contain: one or more people, people sitting, child and closeup

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people, bedroom and indoor



Share:

Ibu Bapa Zaman Sekarang Pemusnah Kehidupan Anak...


"Puan, anak (antara usia 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti. Macam mana nak buat ye?"

Ini soalan paling susah saya nak jawab. Kadang-kadang saya "face palm" muka saya sendiri sebab pelik, kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam macam kita? Buka minda luas-luas,tarik nafas dalam-dalam tentang apa yang saya nak cakap ni.

PROSES
Setiap benda ada proses untuk mendapatkan sesuatu hasil. Budak, bukan terus kelaur jengah dunia terus dapat jadi seperti kita, orang dewasa. Adakah budak, asal keluar saja dari perut terus boleh bercakap, membaca, menulis, memakai baju, membasuh pinggan seperti kita? Ada ke? Secara fitrahnya, tiada kan?

Benda fokus tak fokus yang asyik bermain dalam fikiran kita ini hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh, kita nak anak ini duduk diam-diam sebab kita pun nak buat kerja kita, nak berehat, nak ada 'me time'. 

Ibu bapa, kanak-kanak ini fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak-budak keluar saja dan duduk diam, kena cepatlah bagi pergi buat pemeriksaan sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia. 

Kanak-kanak perlu melalui fasa perkembangan yang wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu, Sensorimotor Development atau Perkembangan Sensorimotor. 

Jika perkembangan sensorimotor ini tidak lengkap, ada istilah Sensory Processing Disorder. Sebab itu saya menentang sekeras-kerasnya kaedah membaca untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Sensory Processing Disorder ini kalau tak berlaku pada anak anda, tak mengapa. Tetapi kalau berlaku pada anak orang lain? 

Kadang-kadang saya geram juga. Apa yang saya cakap, seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan untuk kes kanak-kanak yang developmental delay yang kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan, berkomunikasi dengan baik dan mempunyai tingkah laku yang sukar untuk dikawal. 

Kalau sudah dari kecil diajar duduk untuk membaca, tengok televisyen, tengok gajet semasa makan, semasa tidur, di waktu kita nak berehat, memanglah jadi begitu. Tetapi bila bagi mainan benda kotor, kita kata geli, bila anak nak memanjat kita risau jatuh. 

Inilah dia sikap ibu bapa zaman sekarang yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat, nak anak cepat belajar, nak anak cepat pandai, nak anak cepat duduk diam, nak anak cepat berjalan, cepat itu, cepat ini tetapi prosesnya tak nak lalui sendiri. 

"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini. Boleh sempat saya dibuatnya," 

No comment. Ini jawapan paling malas saya nak layan. Akhirnya saya memang tak reply dah. Sorry ya. Proses perkembangan sensorimotor yang utama dan yang wajib anak lalui dan anak berikan kepada anak-anak. Paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1. BERI PENDEDAHAN SEKELILING

Anak-anak perlu diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling mereka. Bukan sahaja pada kulit badan, malah terhadap mulut juga. Tekstur ini faham tak apa? Tekstur lembut, berpasir, keras, kasar, berbulu, suhu panas dan sejuk, licin, tekstur makanan termasuklah yang crunchy, yang chewy, yang lembut, keras, juicy, ada rasa masam, manis, masin, pahit, tawar, pedas dan sebagainya. 


Ini semua rangsangan. Kalau tidak diberi, sistem otak tak boleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab itu jangan obses sangat dengan flash cards. Flash cards tak ada semua bentuk rangsangan ini. Bagi benda realiti di depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. 

Kalau ajar anak 0-4 tahun, huruf A, kalau dia tak kenal lagi, rileks sudah. A secara real tidak melambangkan apa-apa. Sebab itu kadang-kadang berpuluh kali ajar, anak tak reti terus jadi stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yang buat benda 'melawan fitrah' anak. Selepas itu kata anak tak fokus. Apakah? 


Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul, secara automatiknya otot-otot anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. 

Contohnya bila otot mulut bergerak, baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ini tidak akan dapat dalam sehari dua. Maka bersabarlah. Yang penting kita beri secara konsisten. 

2. KANAK-KANAK SUKA NAK BERGERAK

Ada masalah ke nak bagi anak bergerak? Lagi lama mereka bergerak, lagi baguslah sebenarnya. Pergerakan anak ini sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar. Bila anak bergerak, sistem keseimbangan badan dirangsang, sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses visual perceptual berlaku dengan baik, sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh, sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada endurance (ketahanan). 

Jadi, bila lagi lama kita melatih anak untuk bergerak, ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat. Anak mudah untuk duduk diam. Lagi sekali, proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak, pada usia 5 tahun apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya, dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. 

Ada anak kadang-kadang proses dia nak bergerak itu lama. Sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus. Ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam. tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak-anak ini kan? 


Tak perlu risau, aktiviti fizikal ini bagi saja anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin atau tidak saja kita nak buat semua ini sebenarnya. Bagi anak yang lasak, boleh cabar dirinya dengan membuat aktiviti seperti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard 'IPOH' yang besar itu pula. Kalau nak suruh boleh tapi pastikan keselamatan diri terjamin dan ada surat kebenaran. Haha! 

Anak yang tak belajar lagi untuk bermain bola, ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling, menangkap, menendang, menampar dan sebagainya. Pilih satu sukan untuk anak libatkan diri dan tiada salah untuk ajarkan skillsnya sebab ianya merangsang segala benda yang saya tulis di atas tadi. Badan sihat, otak cerdas.

Kalau asyik duduk dalam rumah saja, bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf, ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat, dah kalau anak nak berlari juga, pergilah ke taman tasik, buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas, jadi anak pun malas. Jangan disalahkan anak.

Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang untuk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yang nakal adalah mereka yang melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi anak-anak ini tidak melakukan perkara yang dilarang, selagi itulah pergerakan yang mereka lakukan adalah sah. 


Anak yang bergerak tanpa arah tuju, berikan 'arah tujuannya'. Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor, buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut, jangan risau, beri masa. Inilah prosesnya. Janganlah mudah mengalah. Ini dah kira panjang lebar sangat dah saya beri penjelasan untuk ajar anak supaya menjadi fokus. Tiada proses yang mudah untuk buat anak menjadi fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak. Risau nanti lain pula jadinya. 

Mungkin dari segi perkembangan yang kita lihat pada mata kasar ini jadi sempurna eloknya di awal usia. Tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yang sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi 'down' terus ketika sudah besar. Tiada motivasi untuk belajar kerana sentiasa diharapkan untuk menjadi pandai sehingga tekanan datang dalam banyak bentuk-cikgu paksa untuk dijadikan kebanggaan sekolahlah, tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya. 

Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan untuk membaca. Walhal Nabi, ketika proses membesar, banyak membesar dengan memikul tanggungjawab sendiri dan kehidupan di sekeliling Baginda. 

Share:

Isnin, 16 Januari 2017

JANGAN TERKEJUT APABILA BEGINILAH KEADAAN KUBUR ANDA JIKA MENINGGAL DI MAKKAH..


Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.

Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.

Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah….

Share:

Di Sebalik Tangisan Rasulullah, Para Malaikat Berhenti Berzikir...SUBHANALLAH


Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !" 

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.

"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi itu. Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.

Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. 

Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "

Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya. "Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."

Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. 

Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "

Share:

Trendy LIST

Total Pageviews

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive

Find Us On Facebook

Follow Us on FaceBook

Followers

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support