Menyajikan Kupasan Media Viral & Isu Semasa.

Sabtu, 14 Januari 2017

Viral Lindsay Lohan Dulu Dan Kini.....


BINTANG sensasi Hollywood, Lindsay Lohan terus menerus menimbulkan sensasi dan tanda tanya netizen seluruh dunia mengenai agama yang dianuti.



Jika dahulu, Lohan mencetuskan kontroversi apabila dirakam memeluk senaskhah Al-Quran dan memuat naik ayat kitab suci umat Islam tersebut menerusi akaun laman Instagramnya.


Terbaharu, pelakon Mean Girls itu mengejutkan ramai apabila bertindak memadam semua gambar di laman Instagram dan menulis ayat ‘Alaikum Salam‘ di bahagian bio pada laman sosial itu.


Alaikum Salam adalah ucapan sapaan lazim penganut Islam yang membawa maksud ke atas kamu kesejahteraan.


Tindakan anehnya itu lantas mendapat perhatian media seluruh dunia hinggakan ada yang percaya dia yang baru berusia 30 tahun sebagai sudah memeluk Islam.
lindsay-lohan


Pun begitu, Lohan belum mengulas mengenai isu itu namun ada menjelaskan perbuatannya memadam semua gambar kerana dia mahu melupakan masa silam.


“Ia adalah simbolik kepada diri saya untuk melepaskan masa silam dan bergerak ke hadapan yang sangat terapeutik”, katanya kepada portal Express.co.uk.


Untuk rekod, aktres itu pernah menghabiskan masa menjadi sukarelawan di kem-kem pelarian di Turki dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sendiri di Dubai.


Bagaimanapun, ada juga peminat yang berpendapat menulis Alaikum Salam belum tentu dapat menggambarkan agama dianuti seseorang.








Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih. – MYNEWSHUB.CC
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Trendy LIST

Total Pageviews

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive

Find Us On Facebook

Follow Us on FaceBook

Followers

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support